Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Abang Beca dilaporkan sudah meninggal dunia.
M Rizal meninggal dunia pada jam 10.50 malam tadi di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor.
Sebelum ini Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke wad Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak akibat ulser perut.
M Rizal pernah menjadi Juara Bintang RTM 1978 dan setahun kemudian juara memihak kepada Raja Pop, Jamal Abdillah.
selepas kejuaraan tersebut beliau hanya sempat merakam tiga buah album studio dengan tiga syarikat rakaman yang berlainan.
Antara lagu popular Allahyarham ialah Hatiku Menangis Kernamu, Usah Kau Rayu Padanya yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Sumber Ilhamku.
Beberapa tahun lalu, tular video di Facebook Ucop Ahmad Allahyarham menyanyikan lagu Abang Beca.








