Pengurus Jake Paul tawar RM93 juta kepada IShowSpeed untuk bertarung - The Reporter

Pengurus Jake Paul tawar RM93 juta kepada IShowSpeed untuk bertarung

Jake Paul tawar RM93 juta iShowSpeed

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jake Paul, bintang YouTube yang kini bergelar peninju, dilaporkan telah menawarkan ganjaran lumayan kepada IShowSpeed selepas streamer terkenal itu mendakwa mampu mengalahkannya dengan hanya enam bulan latihan.

Pengurus Paul, Nakisa Bidarian, dilaporkan telah membuat tawaran $20 juta (kira-kira RM93 juta) untuk Speed atau nama sebenarnya, Darren Watkins, yang baru-baru ini mencabar kemampuan Paul selepas kemenangan Paul ke atas bekas juara heavyweight, Mike Tyson.

Paul, 27, memenangi pertarungan tersebut menerusi keputusan sebulat suara di Stadium AT&T Texas, Jumaat lalu. Sejak kemenangan itu, Paul menerima pelbagai tawaran, termasuk daripada selebriti media sosial.

Speed sebelum ini berkata, “Kalau saya ada enam bulan, itu saja yang saya perlukan untuk berlatih. Kalau saya berlatih selama enam bulan, saya boleh kalahkan mana-mana ‘raksasa’ di dunia ini.

“Saya rasa saya boleh kalahkan Jake Paul. Bila saya tengok dia bertinju, pergerakannya tak lancar. Saya rasa saya boleh mencabar dia. Bila tengok cara dia, kita nampak kelemahan.”

Kenyataan itu menarik perhatian kem Paul, dan tidak lama kemudian pengurusnya, Bidarian, memberikan respons di Instagram.

“Bagus. Beritahu dia yang saya ada $10 juta (RM46 juta) untuknya sekarang. Tandatangan (kontrak) minggu ini. Kalau dia kalahkan Jake, dia dapat bonus $10 juta lagi. Letakkan tandatangan di mana kredibiliti kamu berada,” tulis Bidarian.

Jumlah keseluruhan itu bersamaan dengan $20 juta (kira-kira RM93 juta), nilai yang sama seperti bayaran Tyson dalam pertarungan menentang Paul.

Paul sendiri turut menyertai perbualan itu dengan komen di Instagram: “Speed tahu lebih baik. Dia cuma bergurau”. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!