Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pendakwah selebriti kini berdepan tindakan undang-undang selepas didakwa terlibat dalam kes amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki berusia antara 13 hingga 16 tahun.
Pendedahan mengenai kes tersebut sebelum ini dibuat oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang memaklumkan bahawa mangsa utama telah membuat laporan polis. Namun, difahamkan pendakwah berkenaan bertindak menyaman keluarga mangsa dan menuntut permohonan maaf secara terbuka.
Lebih mengejutkan, beberapa laporan tambahan turut diterima daripada mangsa lain berhubung perbuatan pendakwah tersebut.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pendakwah terbabit telah didakwa di mahkamah.
“Sebanyak lapan laporan polis telah diterima iaitu tujuh kes berlaku di Pulau Pinang manakala satu kes di Kedah.
“Kes amang seksual membabitkan pendakwah selebriti itu di Pulau Pinang sedang dalam proses perbicaraan ketika ini,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa semua pertuduhan terhadap individu terbabit dibuat pada tahun 2023, 2024 dan juga tahun ini.








