Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebelum ini tular mengenai seorang pemilik sebuah restoran Railway Tuan Cafe di Vietnam yang menghalau pelancong dari Israel yang mahu masuk ke restorannya.
“Saya tak terima orang di negara kamu masuk ke sini,” katanya.
Mendengar kata-kata itu, pelancong dari Israel itu berasa marah dan menyatakan tidak akan kembali ke Vietnam dan menjejakkan lagi kakinya ke restoran berkenaan.
Apabila tular isu berkenaan, restoran itu mula dihujani dengan komen serta penilaian negatif dari individu yang pro- Israel di Google Review.
Pelbagai kecaman yang dilemparkan kepada pemilik restoran berkenaan dan mereka telah memberikan hanya 1 bintang.
Tidak gentar dengan ugutan dan kata-kata, pemilik restoran itu yang dikenali sebagai Nguyen ‘mematahkan’ hujah lawan.
Menerusi beberapa komen yang dibalas, Nguyen menyatakan dia hanya mengalu-alukan individu yang bersikap berperikemanusiaan.
“Kami hanya menerima manusia dan haiwan tapi bukan perompak dan juga pembunuh kanak-kanak. Free Palestin,” tulisnya.
Sumber: Twitter,








