Pelakon filem Parasite, Lee Sun-Kyun, disahkan meninggal dunia dalam kereta - The Reporter

Pelakon filem Parasite, Lee Sun-Kyun, disahkan meninggal dunia dalam kereta

Polis Seoul mengesahkan pelakon Lee Sun-kyun, 48, meninggal dunia pada Rabu, 27 Disember 2023, dipercayai akibat membunuh diri.

Lee dilaporkan meninggal dunia ketika sedang disiasat atas dakwaan penggunaan dadah, meninggalkan balu berusia 47 tahun, Jeon Hye-jin dan dua orang anak lelaki mereka yang lahir pada November 2009 dan Ogos 2011.

Pelakon berkenaan ditemui mati di dalam keretanya pada pagi Rabu, sementara laporan mendakwa keluarganya menemui ‘mesej yang serupa dengan nota bunuh diri’

Sementara itu, PageSix melaporkan pihak berkuasa menemui blok arang di dalam kereta, menunjukkan kemungkinan Lee keracunan karbon monoksida.

Sebelum ini, Lee telah ditahan dan disoal siasat tiga kali berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah. Pada Oktober, dia telah dituduh menghisap rokok ganja dan dadah.

Bagaimanapun Lee dengan tegas menafikan dakwaan itu dan menyatakan ujian awal pada sampel rambut yang dibekalkannya menunjukkan keputusan negatif.

Pelakon filem Parasite itu mendakwa dia telah diperdaya untuk menggunakan dadah dan kemudian diperas ugut oleh individu yang sama. Lee turut mengemukakan saman terhadap individu berkenaan. Namun polis menjelaskan pihaknya telah menerima maklumat mengenai Lee menyalahgunaan dadah sebelum dia mengemukakan saman tersebut.

Sumber: Mirror

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!