Mahkamah Beijing arah MAS bayar RM1.9 juta setiap keluarga mangsa MH370 | The Reporter

Mahkamah Beijing arah MAS bayar RM1.9 juta setiap keluarga mangsa MH370

Pampasan RM1.9 juta setiap keluarga mangsa MH370
Selepas 10 tahun tragedi kehilangan MH370, keluarga mangsa akhirnya terima pampasan RM1.9 juta setiap satu daripada Malaysia Airlines. | Sumber gambar: The Beijinger

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Selepas lebih sedekad tragedi kehilangan pesawat MH370, mahkamah di Beijing memerintahkan Malaysia Airlines membayar pampasan kepada keluarga lapan penumpang yang terlibat dalam insiden itu.

Mahkamah Rakyat Daerah Chaoyang memutuskan setiap keluarga akan menerima pampasan melebihi 2.9 juta yuan (kira-kira RM1.9 juta) meliputi kos pengebumian, tekanan emosi serta kerugian lain.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, 47 saman lain telah ditarik balik selepas keluarga terbabit mencapai penyelesaian luar mahkamah bersama Malaysia Airlines dan anak syarikat antarabangsa syarikat itu.

Baca juga:

Masih ada 23 kes belum selesai

Daripada 78 kes asal yang difailkan selepas pesawat itu hilang, 23 kes masih belum diselesaikan kerana keluarga belum membuat pengisytiharan kematian atau masih dalam proses berbuat demikian. Lapan penumpang yang diberi pampasan telah diisytiharkan meninggal dunia secara sah oleh mahkamah.

Pesawat Boeing 777 itu hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal. Walaupun operasi pencarian terbesar dalam sejarah penerbangan telah dilakukan, bangkai pesawat masih belum ditemui sehingga kini.

Perkembangan keputusan mahkamah ini muncul hanya beberapa hari selepas pihak berkuasa Malaysia mengumumkan pencarian baharu MH370 akan disambung hujung Disember ini, sesuatu yang disambut baik oleh kerajaan China serta keluarga mangsa yang masih menuntut jawapan.

Sumber: CCTV / New Straits Times

Related Posts