'Pakcik ni pernah pandu teksi bawa Siti Nurhaliza ke Bintang HMI' | The Reporter

‘Pakcik ni pernah pandu teksi bawa Siti Nurhaliza ke Bintang HMI’

Siti Nurhaliza bersama Pakcik Lie ketika Majlis Berbuka Puasa Yayasan Nurjiwa di Kuala Lipis, mengenang momen manis lama.
Gambar: Thread Yayasan Nurjiwa.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Disebalik kejayaan terbesar seorang individu, terselit satu kisah atau momen manis yang terus diingati sampai bila-bila.

Bagi Biduanita Negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza, salah satunya adalah kenangan manis bersama seorang warga emas yang merupakan pemandu teksi. Menerusi perkongsian Yayasan Nurjiwa, warga emas berkenaan yang dikenali sebagai Pakcik Lie, pernah membawa penyanyi nombor satu negara itu sewaktu menyertai pertandingan Bintang HMI suatu ketika dahulu.

Bahkan, pada hari beliau dinobatkan sebagai juara, ibu dan bapa Siti turut pulang ke kampung menaiki teksi yang sama dengan membawa hadiah televisyen besar hasil kemenangan itu.

Pengurus kepada Siti, Rozi Abdul Razak dalam hantaran komen turut berkongsikan momen berkenaan.

“Inilah pakcik Lie, kami panggil. Setia bawa teksi hantar dan ambil ayah, ibu Siti setiap kali ke KL. Masa tu baru-baru Siti jadi artis.

“Jasa pakcik ni kami kenang selalu. Ingat lagi, Siti menang Bintang HMI tu, dapat sijil, wang tunai dan tv. Dulu bukan tv nipis macam sekarang, arwah abah Siti pangku tv tu selama 4 jam dari KL ke Lipis. Balik malam selepas pertandingan tu juga. Dulu belum ada highway, perjalanan KL-Lipis 4 jam. Pengorbanan, kenangan, semuanya manis untuk dikenang,” katanya.

Baca juga:

Kisah nostalgia ini kini dihidupkan semula apabila Yayasan Nurjiwa menganjurkan Majlis Berbuka Puasa pada 1 Mac 2026 di Kuala Lipis, kampung halaman penyanyi tersohor itu.

Menurut Yayasan Nurjiwa, Kuala Lipis sentiasa menempah tempat istimewa di hati Siti Nurhaliza.

“Berbakti kepada masyarakat di kampung halaman menjadi satu kewajiban yang terus dilaksanakan setiap tahun. Tahun ini lebih bermakna apabila kami dapat mengadakan majlis berbuka puasa bersama masyarakat setempat, sambil menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan,” kata pihak yayasan.

Related Posts