Netizen masih lagi hangat membicarakan tentang kes pasangan selebriti Nur Fazura yang dilaporkan telah memfailkan tuntutan perceraian terhadap suaminya, Fattah Amin.
Semalam, seorang pengawal peribadi kepada Fazura tampil mendedahkan keretakan rumah tangga pasangan itu disebabkan orang ketiga. Shahaszrin Mohd sabiruddin berkata, dia tidak menyangka wanita itu sanggup mengambil kesempatan di atas kebaikkan Fazura.
‘Belanja cendol, bukan suruh sondol’
“Kenapa block aku? Orang baik dengan kau, sudahnya kau buat taik. Bangsat betul. Orang belanja kau makan cendol la b##i, bukan suruh menyondol. B##i betul.
“Apa pun terjadi, aku harap semoga segala urusan dua insan yang aku sayang ini dipermudahkan. Dua-dua ni baik dengan aku dan family aku. Aku doakan dan harapkan yang terbaik untuk dua insan ini.
“Untuk si b##i penyondol yang kacau rumah tangga orang, teruslah kau menjadi b##i sebab b##i je yang suka sondol-sondol ni. Selalunya orang akan doakan kalau tak kena dekat kau, kena pada kaum keluarga kau.
“Tapi aku tak doakan macam tu sebab, keluarga kau tak salah. Aku doakan apa kejahatan yang kau buat, akan berbalik semula dekat diri kau. Teruslah menjadi b##i,” katanya.
‘Curah minyak dalam api’ – Netizen
Hantaran yang dimuat naiknya itu semalam telah tular meluas di media sosial. Pendedahan berani mati itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang membawa kepada serangan netizen di akaun Instagram Fattah Amin.
Dalam masa sama, ada yang menuduh pengawal peribadi Fazura sengaja mencurahkan minyak dalam api, sekali gus mengeruhkan lagi keadaan. Sedangkan tuan empunya badan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Dedah sebab kecewa, marah
Jelas Shahaszrin, niatnya mendedahkan perkara itu kerana berasa marah dan kecewa dengan apa yang berlaku.
“Kenapa aku marah dan kecewa? Sebab aku sangat hormat dan sayang pada Fattah dan Fazura. Jadi bila benda macam ni jadi, memang aku jadi sangat-sangat marah, kecewa dan sedih,” katanya.
Dalam pada itu, Shahaszrin turut menyelar wanita yang menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu berpura-pura menjadi mangsa keadaan. Sedangkan segala bukti dan pengakuannya berkaitan hal tersebut berada dalam simpanan pihaknya.
“Video segala pengakuan kau, di WhatsApp, gambar hidden apa yang berlaku di luar dan dalam di hari kejadian dan segala aktiviti tidak bermoral sudah dihantar ke tempat sepatutnya.
“Tak perlu create kau hanya tempat mengadu sahaja ye. Pandai putar belit. Kau hebat dalam bab play victim,” ujarnya.
Terdahulu, Fazura dilaporkan telah memfailkan tuntutan perceraian terhadap Fattah di mahkamah. Namun, butiran terperinci mengenai tuntutan tersebut tidak didedahkan kepada umum. Serentak dengan itu, Fazura turut memuat naik beberapa gambar hitam putih dengan kata-kata semangat buat beliau dan anak.
Sumber: Instagram Hantu Gym (Shahaszrin)