Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Nadia Brian, atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 33, baru-baru ini meluahkan perasaannya di platform Threads, mengakui bahawa dia masih mencari pasangan hidup yang sesuai selepas perceraiannya pada tahun 2021.
Dalam perkongsian tersebut, Nadia menyatakan bahawa dia berasa penat kerana sering dianggap sebagai pilihan kedua dalam perhubungan, namun menjelaskan dirinya kini hanya berteman dan belum menjalin hubungan romantik dengan sesiapa.
“Itu sekadar luahan hati sebagai seorang yang masih solo. Buat masa ini, saya belum mempunyai teman lelaki, cuma berkawan sahaja,” ujarnya.
Dia turut menambah keinginannya adalah untuk bertemu cinta sejati dan berharap dapat mendirikan rumah tangga sebelum usia mencecah 35 tahun.
Dalam satu hantarannya di Thread, aktres jelita ini turut menyatakan ciri lelaki yang mampu menarik hatinya, di mana dia berpendapat lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat mempunyai daya tarikannya tersendiri.
Hantaran itu mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Sumber: mStar, Thread Nadia Brian








