Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Meta Platforms Inc. merancang untuk mengurangkan sekitar 5% daripada tenaga kerjanya tahun ini melalui penamatan berdasarkan prestasi dan menggantikan mereka dengan pekerja baharu yang berbakat besar.
Sehingga September lalu, syarikat induk Facebook ini mempunyai kira-kira 72,400 pekerja. Pengurangan sebanyak 5% ini bermakna sekitar 3,600 pekerja akan kehilangan pekerjaan mereka.
“Saya telah memutuskan untuk meningkatkan standard pengurusan prestasi dan mempercepatkan proses mengeluarkan pekerja yang berprestasi rendah.
“Pengurangan berdasarkan prestasi adalah penting untuk memastikan syarikat mempunyai “bakat terbaik” dan dapat “membawa masuk individu baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Mark Zuckerberg.
Pekerja yang terjejas akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada 10 Februari.
Rasional Meta
Pengurangan tenaga kerja sebanyak 5% ini adalah sebahagian daripada rancangan Meta untuk mencapai 10% “attrisi tidak dikesali” menjelang akhir kitaran prestasi semasa, menurut memo tersebut.
Pekerja yang telah lama berkhidmat di Meta akan menjalani penilaian prestasi, dan mereka yang didapati kurang berprestasi akan terjejas. Ketua Pegawai Eksekutif Meta juga memberi jaminan bahawa pekerja yang terlibat akan menerima “pampasan pemberhentian yang lumayan.”
Langkah ini dibuat selepas beberapa perubahan dasar di Meta, termasuk pemansuhan program pemeriksaan fakta di AS yang sebelum ini mendapat kritikan meluas sebagai bentuk penapisan. Zuckerberg juga mengumumkan perubahan pada dasar pemantauan kandungan, termasuk melonggarkan sekatan terhadap topik sensitif seperti imigrasi dan gender serta pelonggaran peraturan berkaitan ucapan kebencian.
Sumber: Outlook Business