Mampukah anda hidup tanpa handphone selama sebulan? Ganjaran RM47,000 kepada mereka yang berjaya - The Reporter

Mampukah anda hidup tanpa handphone selama sebulan? Ganjaran RM47,000 kepada mereka yang berjaya

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Siggi’s Dairy, sebuah syarikat yang berpangkalan di New York dan terkenal dengan produk yogurt Icelandnya yang dikenali sebagai skyr, menawarkan hadiah sebanyak $10,000 kepada sesiapa sahaja yang sanggup menyerahkan penggunaan telefon pintar mereka selama sebulan.

Siggi mengumumkan pertandingan itu pada Rabu yang mencabar orang ramai untuk menahan diri daripada menggunakan telefon pintar.

Syarikat itu percaya dengan kelangsungan hidup tanpa banyak gangguan dan salah satu gangguan terbesar dalam hidup kita pada hari ini adalah telefon pintar.

Hanya sepuluh peserta akan dipilih berdasarkan esei yang mereka hantar kepada Siggi’s. Untuk memastikan peserta pertandingan tidak menggunakan telefon pintar mereka, Siggi’s akan menghantar peserta kotak berkunci dan telefon lipat dengan kad SIM prabayar sebulan.

Pada akhirnya, 10 peserta boleh memenangi $10,000 (RM47,000) dan 60 cawan yogurt Siggi’s.

Pengarah PR dan Strategi Digital Siggi’s, Kristina Drociak, memaklumkan pertandingan ini diilhamkan oleh idea detoks digital. Mereka percaya hidup dalam kesederhanaan dapat membebaskan diri daripada gangguan digital, sekali gus membuatkan hidup lebih memuaskan.

Progam ini juga bertujuan menunjukkan kepada orang ramai akan manfaat bebas digital dengan harapan menjadi amalan kesihatan yang baru pada tahun 2024 dan seterusnya.

Sumber: New York Post

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!