Mak Der dedah bapa Siti Sarah sendiri yang minta Shuib untuk 'move on' & cari calon pengganti - The Reporter

Mak Der dedah bapa Siti Sarah sendiri yang minta Shuib untuk ‘move on’ & cari calon pengganti

Perkahwinan Shuib dan pasangannya Watie telah berlangsung baru-baru ini dengan penuh meriah.

Meskipun begitu, masih lagi ada yang memperkatakan tentang hubungan mereka. Ada sesetengah netizen yang dilihat masih belum menerima hakikat Shuib menemui pengganti.

Menjawab situasi tersebut, ibu mertua kepada Allahyarhamah Siti Sarah yang dikenali sebagai Mak Der mendedahkan bahawa suaminya, Raisuddin sendiri yang meminta agar Shuib mencari pengganti.

“Sebenarnya ini pun daripada abah Siti Sarah juga, semua orang tahu arwah ini dari kecil memang rapat dengan abah dia. Orang yang paling terkesan, dah pasti abah dia.

“Banyak yang mengajar untuk kita cepat move on ialah bapa Siti Sarah sendiri,” katanya.

Ketika disoal oleh pempengaruh Andika Putera, bagaimana untuk belajar menerima hakikat dan terus ke depan. Jawab Mak Der, Raisuddin percaya Allahyarharmah sudah berada di tempat yang tertinggi.

https://www.tiktok.com/@andikaputeraa/video/7244938307103182081

“Abah dia pernah cakap juga, arwah sudah berada di tempat yang tertinggi, yang susah orang lain nak dapat,” katanya.

Tambah Mak Der lagi, Raisuddin sendiri sudah berjanji kepada Shuib untuk masuk meminang calon pilihan Shuib.

“Kita kena terima je dan jalan terus ke depan dan buat sehabis baik untuk yang ke depan dunia dan akhirat,” katanya lagi.

Sumber: TikTok Andika Putera.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!