Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Mohamad, yang gagal mengemukakan bukti dakwaannya selepas diberi tempoh selama 48 jam.
Siti Mastura terdahulu dalam ucapan di sebuah program Pas di Kemaman, Terengganu, 4 November lalu mendakwa Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin DAP mempunyai tali persaudaraan dengan pemimpin komunis, Chin Peng, dan bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.
Video ucapan Siti Mastura tular di media sosial dan disedari oleh beberapa pemimpin DAP yang kemudian menuntut Ahli Parlimen Kepala Batas itu mengemukakan bukti. Tetapi tiada sebarang respon yang diberikan.
Guan Eng berkata, Siti Mastura bukan sahaja membuat fitnah ke atasnya, malas isterinya, Betty Chew turut dilibatkan dalam fitnah tersebut.
Disebabkan itu, Guan Eng telah melantik Datuk Sankara Narayanan Nair untuk memulakan prosiding undang-undang dan tindakan jenayah terhadap Siti Mastura atas ucapan kebenciannya itu.
Selain itu, Guan Eng juga menggesa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka terhadap fitnah melampau yang dibuat oleh Siti Mastura.
Sumber: Malaysia Gazette