Lim Guan Eng beri tempoh 48 jam kepada MP Kepala Batas untuk buktikan dia anak saudara Chin Peng | The Reporter

Lim Guan Eng beri tempoh 48 jam kepada MP Kepala Batas untuk buktikan dia anak saudara Chin Peng

Lim Guan Eng, Dr Mastura

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memberikan tempoh 48 jam kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad untuk membuktikan dakwaan bahawa beliau mempunyai tali persaudaraan dengan bekas pemimpin komunis, Chin Peng ,dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew.

“Jelas ia bukan saja satu serangan peribadi. Tetapi ia berbaur perkauman dan hasad dengki terhadap pihak kami. Khususnya kepada saya dan ayah saya, sungguhpun sudah bersara masih menjadi sasaran oleh Ahli Parlimen Pas. Malah, surname pun lain.

“Kalau anda sebagai rakyat Malaysia tak tahu surname, tak ada hubungan keluarga memang seperti katak di bawah tempurung.

“Saya rasa dia tahu apa yang dia ucap. Harap dia boleh tunjukkan bukti, kita tunggu. Kalau selepas Khamis ini tak ada apa-apa bukti ditunjukkan tentang hubungan keluarga, kita akan ambil tindakan seterusnya,” katanya.

Bekas Menteri Kewangan Pakatan Harapan (PH) itu merujuk kepada penularan satu video ucapan Siti Mastura dalam program parti itu di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, beliau jelas menyatakan Guan Eng dan bapanya Kit Siang mempunyai hubungan sepupu dengan Chin Peng serta Kuan Yew.

Mastura turut mendakwa, Guan Eng juga mempunyai hubungan keluarga dengan ramai pemimpin DAP lain. Seperti Anthony Loke, Nga Kor Ming, Teresa Kok dan Datuk Ngeh Koo Ham.

Sumber: Malaysia Kini, Malaysia Gazette

Related Posts