'Lelaki tak bercerita, tau-tau selam dulu' - Rakan pempengaruh Ija | The Reporter

‘Lelaki tak bercerita, tau-tau selam dulu’ – Rakan pempengaruh Ija

Gambar dirakam rakan Ija ketika operasi mencari Ija dijalankan.
Gambar: FB Qaqal Jeffry

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang rakan kepada pempengaruh Tengku Nizaruddin atau dikenali dengan Ija tampil meluahkan rasa kecewa dengan insiden kehilangan yang kini disahkan sebagai satu rekaan.

Menurut perkongsian yang tular di media sosial, dia mengatakan segala pendedahan dibuat bukan bertujuan menghasut, sebaliknya sebagai hak peribadi untuk bersuara.

“Aku ni pikirkan, kawan lama. Lebih sedekad. Betapa risaunya kita… merintih doa dalam hati mintak dijauhkan dari segala bala bencana,” katanya.

Insiden dikatakan berlaku di kawasan kampung sendiri, menyebabkan dia bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada rakan bernama Cikman.

Apa yang mencurigakan, katanya, kenderaan yang ditemui dalam sungai tidak menunjukkan kesan kemalangan di sekeliling. Tambah menguatkan syak, gear dalam kedudukan ‘L’, kunci masih ‘on’, dan tingkap terbuka.

“Ini bukan kemalangan. Ini memang disengajakan. Tujuan nak hapuskan bukti…Tapi terlepas pandang bab air pasang surut,” dedahnya.

Baca juga:
Timbul tanda tanya

Malah, peranti penjejak (Airtag) yang dikesan dibuang di jambatan menimbulkan tanda tanya kerana hanya pemilik yang tahu lokasinya, memandangkan ia terhubung terus dengan Apple ID.

Dalam pada itu, dia turut memuji kecekapan pihak berkuasa menjalankan tugas dengan penuh profesional, lengkap dengan SOP dan perincian kerja.

Namun, katanya, pencarian yang dihentikan selepas tiga hari menimbulkan rasa aneh memandangkan tempoh standard biasanya melebihi seminggu.

“Aku beranggapan pihak berkuasa dah hidu sesuatu. Sekali sangkaan ku benar… Dengar katanya sehari lepas ‘hilang’ terus keluarkan semua duit dari ATM dan adik sendiri yang hantar ke stesen bas,” katanya.

Kecewa dengan tindakan Ija

Tambah mengejutkan, individu terbabit dikatakan berjaya keluar ke negara jiran dengan cop passport yang dikesan menerusi CCTV. Dia turut meluahkan rasa kesal atas tindakan rakannya itu tanpa mengira alasan di sebalik insiden tersebut.

“Regardless any reasons… kau tak patut. Kalau pasal hutang, aku no comment. Kalau pasal kahwin lain pun no comment. Tapi aku rasa tak. Niat tak menghalalkan cara,” luahnya.

Katanya, apa yang paling menyedihkan adalah melihat rakan-rakan yang bersungguh-sungguh membantu sepanjang insiden berlaku. Dia juga meminta rakannya agar kembali sedar dan bertaubar dengan atas apa yang berlaku.

“Sayang pada bisnes, ralat sangat pada future kau. Nasi dah jadi bubur, perahu tak boleh undur… Ayuh move forward dan lupakan je kes ni,” pintanya.

Related Posts