Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kekeliruan tentang satu posting sensitif di akaun TikTok Prince Syed akhirnya terjawab apabila personaliti media sosial itu menjelaskan ia berlaku selepas telefon bimbitnya hilang dipercayai tertinggal di kedai makan selepas berbuka puasa.
Menurutnya, telefon jenis Samsung lipat itu tidak mempunyai kata laluan, menyebabkan individu yang mengambilnya mudah mengakses lalu mengunci akaun Facebook dan TikTok miliknya sebelum memuat naik hantaran yang mencetuskan spekulasi netizen.

“Saya tertinggal telefon Samsung ilipat di kedai makan selepas berbuka. Bila patah balik untuk ambil, telefon itu sudah tiada. Kami syak ada individu yang mengambilnya.
“Telefon itu memang tiada password. Cepat dia lock Facebook dan TikTok. Pandai betul bab-bab macam ni,” katanya.
Baca juga:
- ‘Kepada Khairul Aming, saya buat…’ – 30 hari 30 resepi KA
- ‘Saya letih dengan dunia penuh fitnah’ – Prince Syed dedah akaun digodam
- Pempengaruh media sosial didakwa rogol, amang seksual terhadap dua remaja
Hidup mati bukan bahan gurauan
Prince Syed menyifatkan tindakan tersebut melampau kerana melibatkan isu hidup dan mati, selain mendakwa sejak awal terlibat di media sosial, sentiasa ada pihak yang cuba menimbulkan fitnah serta mencetuskan kecaman terhadapnya.
Beliau turut mengakui penat berdepan tuduhan berpanjangan, namun memilih untuk tidak membalas dan menyerahkan segalanya kepada Tuhan.
“Kalau tak suka sekalipun, janganlah sampai buat benda macam tu. Hidup mati bukan perkara untuk dibuat main.
“Saya letih dengan dunia yang penuh fitnah. Tapi saya tak akan balas. Biarlah Allah yang membalas pada hari pembalasan nanti. “Saya tak ada masa nak buat konten bukan-bukan macam tu. Tak pasal-pasal jadi kontroversi,” jelasnya.
Sumber: Gempak









