Lelaki meninggal dunia selepas melanggan 'wanita jadian' - The Reporter

Lelaki meninggal dunia selepas melanggan ‘wanita jadian’

lelaki Taiwan maut hubungan intim
Gambar hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki dari Taiwan dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam hubungan intim dengan seorang pekerja seks warga Thailand, yang kemudiannya didapati merupakan seorang wanita transgender.

Kes ini dikongsi oleh laman Facebook World Forum yang melaporkan berita kematian lelaki berusia 36 tahun dari New Taipei City itu pada 5 November lalu.

Menurut sumber, lelaki tersebut telah membayar kira-kira RM440 untuk mendapatkan khidmat pekerja seks terbabit yang ditemuinya dalam media sosial. Semasa melakukan hubungan intim, kadar degupan jantungnya meningkat secara mendadak akibat keterujaan, sebelum pengsan dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Pihak polis mula menjalankan siasatan dan mendapati ‘wanita’ terbabit sebenarnya seorang transgender yang dikenali sebagai Wu. Pasport Wu juga ada menyatakan jantina asalnya.

Selepas kejadian itu, netizen Thailand membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi. Ada yang membuat jenaka, mengatakan mangsa mungkin terkejut apabila mengetahui identiti sebenar pekerja seks tersebut.

Namun, sesetengah pihak mengkritik jenaka tersebut, menganggapnya sebagai penghinaan kepada si mati dan wanita transgender itu, dan meminta penjelasan lebih lanjut mengenai punca kematian. Ada juga yang berpendapat kematian itu mungkin disebabkan masalah kesihatan si mati dan bukan kerana jantina pekerja seks tersebut.

Beberapa pengguna media sosial juga menegaskan, wanita transgender itu bekerja sebagai pekerja seks secara haram di Taiwan.

Kes warga Thailand yang bekerja sebagai pekerja seks haram di Taiwan bukanlah perkara baru. Pada Jun lalu, polis Taiwan telah menahan lapan wanita dan seorang wanita transgender Thailand di sebuah hotel di daerah Zhongshan, Taipei City atas dakwaan terlibat dalam aktiviti pelacuran haram.

Oktober 2023, seorang lagi pekerja seks wanita dari Thailand ditahan selepas pihak berkuasa yang menyamar sebagai pelanggan menemui profil dan iklan khidmat seksnya dalam talian. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!