Lelaki Mati Dibunuh Bakal Adik Ipar - The Reporter

Lelaki Mati Dibunuh Bakal Adik Ipar

Suspek, Mohd Hafiz (gambar kecil) dan bakal isterinya (gambar kanan)
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki berusia 34 tahun mati ditikam sebanyak enam kali di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), pagi tadi, lapor mStar Online. 
Dalam kejadian jam 11.30 pagi tadi, mangsa, Mohd Sukri Hussin, ditikam oleh bakal adik iparnya, Mohd Hafiz, 29, menggunakan pisau sepanjang enam inci dimana dua tikaman di bahagian leher dan dada kiri sehingga menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian. 
Siasatan awal mendapati, suspek hadir ke pejabat Maidam bersama keluarganya untuk menyemak status perkahwinannya yang berasal dari Terengganu. Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Namun suspek menafikan dan mengaku masih bujang kepada keluarga mangsa sebelum berlaku pertengkaran dan pergelutan antara suspek dan mangsa yang merupakan abang kepada bakal isteri suspek. 

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Selepas kejadian itu, suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan dua orang rakannya. 

Polis kini sedang memburu suspek dan dua lagi rakannya yang dipercayai masih berada dalam Terengganu.
Orang ramai diminta memberikan maklumat sekiranya mengetahui lokasi suspek baig membantu siasatan. – The Reporter
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!