Lelaki bertindak agresif selepas ditegur penjawat awam kerana berak di tempat mengambil wudhuk di surau Seksyen 17 - The Reporter

Lelaki bertindak agresif selepas ditegur penjawat awam kerana berak di tempat mengambil wudhuk di surau Seksyen 17

Seorang lelaki bertindak agresif apabila ditegur membuang air besar di tempat wudhuk surau. Pengadu mula mengejar perakam yang juga merupakan seorang penjawat awam hingga masuk ke kedai makan berhampiran.

Keadaan mula kecoh apabila individu tersebut mahu membaling kerusi kepada pengadu namun telah dimarahi oleh pemilik kedai tersebut.

Adegan kejar mengejar itu turut disaksikan oleh orang ramai yang sedang makan di kedai berkenaan. Namun tiada seorang pun yang tampil membantu pengadu.

@m.norazlii

Seorang lelaki (kurang siuman) MENYERANG SEORANG PENJAWAT AWAM , Kes berlaku di SHAH ALAM !

♬ Dramatic Military – Faid rafanda

Selang beberapa lama kemudian, suspek kelihatan sudah penat mengejar dan terus beredar.

Rakaman video tersebut bagaimanapun disalah anggap oleh beberapa netizen yang menyatakan rakaman tersebut adalah konten semata-mata.

Namun begitu, pengadu menegaskan rakaman itu adalah kejadian yang benar berlaku dan pihak berkuasa tempatan telah mengambil tindakan sewajarnya kepada pelaku.

@m.norazlii

Replying to @am ateng BUKAN SEKADAR CONTENT !! KEJADIAN BERLAKU DI SEKSYEN 17, BERTARIKH 25/10/2023 . Hari ini PIHAK MAJLIS BANDARAYA TELAH MENGAMBIL TINDAKAN YANG TEGAS TERHADAP PELAKU. Ini DEMI KESELESAAN PENDUDUK DI KAWASAN SEKITAR . Syabas PIHAK MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM KERANA MENGAMBIL TINDAKAN PANTAS ! #fyp #penjawatawam #kesSelesai

♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

“Bukan sekadar content. Kejadian berlaku di Seksyen 17, bertarikh 25/10/2023 dan pihak Majlis Bandaraya telah mengambil tindakan yang tegas terhadap pelaku demi keselesaan penduduk di kawasan sekitar.

“Syabas pihak Majlis Bandaraya Shah Alam kerana mengambil tindakan pantas,” tulisnya.

Sumber: Mnorazlii

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!