Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kumpulan Sarkas diumumkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4) dengan menewaskan empat lagi kumpulan yang bersaing pada malam tadi.
Sarkas yang dianggotai oleh Danial Sani,Shashic dan pempengaruh Acap S membawa pulang hadiah utama berjumlah RM150,000 beserta trofi.
Kumpulan Padie dinobatkan sebagai naib juara dan menerima wang tunai RM75,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh Puteh dengan wang tunai RM50,000.
Kumpulan Deroyan pula menduduki tangga keempat dan kumpulan Zuara pula kedudukan kelima.
Walaupun menduduki tempat kelima, salah seorang anggota kumpulan Zuara iaitu Zulin Aziz telah diberikan anugerah Superstar Paling Gempak MLS4.
Saban minggu, Zulin Aziz sentiasa dipuji oleh juri-juri dengan lawak beliau yang mencuit hati selain dapat menyanyikan sesebuah lagu dengan baik.
Pada malam akhir MLS4, para peserta dikehendaki membuat persembahan sebanyak dua pusingan dengan bertemakan Lokasi Idaman dan Lokasi Fiesta.








