Kontroversi Khabib dihalau dari pesawat, media sosial Frontier Airlines diserang netizen | The Reporter

Kontroversi Khabib dihalau dari pesawat, media sosial Frontier Airlines diserang netizen

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penjelasan bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov di aplikasi X mengenai insiden dihalau dari penerbangan Frontier Airlines mendapat perhatian ramai.

Pendedahan Khabib juga mendapat perhatian syarikat penerbangan itu dan turut menjelaskan pihak mereka maklum akan insiden berlaku dan akan mengambil tindakan untuk menyiasat perkara tersebut.

“Kita sedia maklum dengan insiden berkenaan dan sedang menjalankan siasatan,” katanya.

Jawapan yang diberikan Frontier Airlines menerusi komen yang ditinggalkan di hantaran Khabib mengundang kemarahan ramai. Mereka mempersoalkan kelewatan pihak pengurusan penerbangan dalam menyiasat insiden itu.

Selain itu juga, netizen mempersoalkan tiada kenyataan permohonan maaf yang dikeluarkan oleh Frontier Airlines kepada Khabib namun hanya memaklumkan siasatan yang akan dijalankan.

Dalam pada itu, media sosial Frontier Airlines diserang oleh netizen dengan meninggalkan komen berkait isu Khabib dan ada juga yang mengambil kesempatan berkongsikan pengalaman buruk ketika menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan berkenaan.

Related Posts