Kerap dimaki, suami bunuh & kerat mayat isteri sebelum direbus & dibakar | The Reporter

Kerap dimaki, suami bunuh & kerat mayat isteri sebelum direbus & dibakar

Tertuduh, Harapan Munthe didakwa membunuh dan mengerat mayat isterinya sebelum sebahagian anggota badan mangsa direbus dan dibakar
Harapan Munthe

Mahkamah Pengadilan Negeri Tarutung, Indonesia, membebaskan tertuduh, Harapan Munthe, atas pertuduhan membunuh dan mengerat mayat isterinya, Nurmaya Situmorang, 43, pada Rabu 7 Jun lalu.

Sebelum ini, Harapan Munthe sememangnya terbukti membunuh dan mengerat isterinya. Namun begitu, tertuduh tidak dapat dipertanggungjawab kerana dia dikatakan mengalami gangguan mental semasa kejadian.

“Tertuduh, Harapan Munthe telah terbukti secara sah dan didapati bersalah kerana membunuh sebagaimana yang didakwa. Tetapi tertuduh tidak dapat pertanggungjawabkan.

“Maka dengan itu, mahkamah melepaskan tertuduh daripada segala pertuduhan,” kata kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi Mahkamah Tarutung.

Sebelum ini, pihak pendakwaan menuntut agar Harapan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Namun, mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani pemeriksaan kesihatan jiwa dan mental sebelum dijatuhkan hukuman.

“Berdasarkan pertimbangan hakim berdasarkan bukti-bukti perbicaaraan, khususnya daripada keterangan pakar sakit jiwa mendapati, tertuduh menunjukkan tanda-tanda mengalami gangguan jiwa dan mempunyai sejarah menerima rawatan sebagai pesakit di rumah sakit jiwa,” kata Hakim Natanael.

Terdahulu, Harapan membunuh isterinya pada 12 November 2022 kerana kesal dia sering dimaki oleh mangsa. Harapan juga bertindak merebus tangan dan kaki isteirnya dibakar.

Sumber: Kumparan

Related Posts