Kenapa ada sesetengah orang Iran meraikan kematian Presiden Raisi? - 'Siap main mercun lagi' - The Reporter

Kenapa ada sesetengah orang Iran meraikan kematian Presiden Raisi? – ‘Siap main mercun lagi’

Orang Iran di seluruh dunia dilaporkan sedang meraikan kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi, selepas helikopter yang membawanya bersama deligasi terhempas pada Ahad lalu.

Walaupun media Iran menghentikan semua program hiburan untuk menunjukkan rasa hormat dan berdoa untuk Raisi, naratif yang berbeza muncl di media sosial dan di kediaman orang Iran di seluruh dunia.

“Mari kita rayakan berita baik tentang kecelakaan helikopter Ebrahim Raisi,” kata seorang penduduk Tehran sambil bermain mercun dalam video yang dikirim ke Iran International.

Selain daripada menjadi salah satu presiden paling konservatif yang pernah dilihat Iran, Raisi naik ke tampuk kejayaan dalam sistem kehakiman Islam Republik yang brutal di mana dia adalah ahli ‘Panel Kematian’ yang terkenal, menghantar ribuan tahanan politik ke tali gantung. Dan disebabkan itu, dia mendapat julukan ‘Butcher of Tehran’, kata Jonathan Harounoff, wartawan dan penganalis Israel dan Iran.

Menurut Harounoff, Raisi telah menjadi sinonim dengan segala yang dibenci oleh penentang Republik Islam di dalam Iran dan di luar negeri.

“Korupsi birokrasi yang meluas, pengurusan ekonomi yang buruk, inflasi tinggi, pengangguran tinggi. Belum lagi larangan ketat dan hukuman berat atau kematian untuk penentang politiknya,” katanya.

Aktivis hak wanita, Masih Alinejad, mengisytiharkan hari kematian Raisi sebagai ‘Hari Helikopter Sedunia’ dan berkata, ini adalah satu-satunya kecelakaan dalam sejarah di mana semua orang bimbang jika seseorang itu selamat”.

Sumber: Iraninti

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!