'Kau ingat deactivate akaun, kes tutup?' - Puteri Sarah berang dilabel 'Geng Secondhand' - The Reporter

‘Kau ingat deactivate akaun, kes tutup?’ – Puteri Sarah berang dilabel ‘Geng Secondhand’

8 April lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, memuat naik video dirinya bersama Bella Astillah dan Didi Astillah menari lagu trend De Fam – Alamak Raya Lagi di Instagram.

Dalam ribuan komen yang diterima, salah satu komen telah menarik perhatian Puteri Sarah yang dipercayai bertujuan menghina status dirinya.

“Geng secondhand ke ni?” komen individu bernama Smafiq.

Smafiq munafik?

Bengang dengan komen itu, Puteri Sarah meluahkan rasa tidak puas hatinya di akaun X.

“Who is this munafik idiot @Afiqazni? Kemain komen IG aku. Dah letak muka dia, tiber profile semua hilang. Bila tweet kemain nampak baik tapi munafik.

“Eh? Pengecut rupanya. Block ita. Ingat hebat sangat @Afiqazni ni. Komen kat IG macam bagus.

“Inilah nama IG dia, Smafiq. Kemain kau komen hina aku dengan Bella. Kat sini pengecut pulak.

“Actually banyak je jantan sakit mental penuh kat komen IG tu. Tapi yang ni do not know how to stop. @Afiqazni kenapa block aku?” katanya.

Netizen gesa PSL ambil tindakan tegas

Dalam kenyataan terkini, Puteri Sarah memaklumkan maklumat megenai lelaki itu telah berjaya diperolehi termasuk nombor telefon dan alamat tempat kerjanya.

Tindakan Smafiq menyahaktifkan akaun X juga tidak akan mengubah apa-apa dan Puteri Sarah tetap akan mengambil tindakan terhadap lelaki itu.

“Mamat Afiq ni mesti tak pernah kena apa-apa kan? Sebab tu kurang ajar setiap masa dan dia ingat dia terlepas. Kat media sosial je berani. Well, dah tau tempat kerja dia, dah ada phone number pun. Ramai sakit hati dengan kau ni. Ingat kau deactivate akaun X, kes tutup?” katanya

Di ruangan komen, ramai netizen telah menggesa Puteri Sarah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit sebagai pengajaran. Malah ada yang mendakwa lelaki itu telah membuli ramai wanita di media sosial.

Ramai jadi mangsa buli Smafiq

Sumber: X Puteri Sarah Liyana

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!