Pelakon Reen Rahim, baru sejam yang lalu meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang individu yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadapnya di media sosial.
Menurut Reen, dia pada awalnya mahu memohon memaaf terhadap individu berkenaan. Namun hasratnya itu terpadam selepas mendapati individu berkenaan ‘menganjingnya’ secara terbuka di ruangan komen.
“Bangun-bangun, aku baca (komen) yang ini. Aku baru nak taip sorry dan beri penjelasan elok-elok sekali. Tetapi di bawah ada lagi dia tulis yang menganjing aku, toilet jauh dan mengelak.


“Kau ingat artis ini hamba abdi kau ke anat? Aku pantang betul kena sergah macam ni. Kau masuk rumah aku, masuk Instagram, TikTok dan Facebook aku, cuba bawa beradab sikit. Aku jarang-jarang layan, selalu aku block. Tapi ini dah lebihlah. Macam inilah artis-artis kena selalu tu ek??
“AKu jadi panas sebab baru-baru ini ada viral artis dituduh sombong. Macam inilah kesnya. Satu dua mulut lahanat je. Kau ingat aku mak kau ke nak layan kau ke sampai berak dan makan pun tak boleh?
“Mungkin artis lain kena macam-macam, salah ke tak salah ke, diorang kena jaga nama dan minta maaf juga walaupun tak salah. Dengan aku, silap ek. Kau datang elok, 10 kali elok aku sambut. Kau datang macam lahanat, 1,000 kali lahanat aku bagi muka kau. Artis pun manusia!” katanya.
Dalam komen balas Reen terhadap individu berkenaan, Reen menafikan dia mengelak daripada berjumpa. Sebaliknya selesai urusan di tandas, dia menjenguk ke booth dan mendapati tiada sesiapa yang menunggu di situ, lalu masuk ke keretanya untuk makan.

Reen turut menegaskan bahawa dia mempunyai bukti yang dia melayan semua orang sama rata.
Sumber: Instagram Reen Rahim