Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Beberapa hari lalu, pempengaruh yang juga dikenali sebagai usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, memaklumkan dirinya menghidap kanser dan menunggu ajal. Kenyataan beliau dalam sesi ‘live’ di TikTok itu mengundang simpati ramai sehingga ada yang meminta maaf.
Bagaimanapun, dalam hantaran lain dia menafikan dirinya menghidap kanser. Sebaliknya doktor hanya mengesyaki dia menghidap penyakit berbahaya susulan berat badannya turun dengan mendadak.
Doktor telah menyarankan agar Sajjad membuat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh dan menjalani ujian Imbasan Tomogragi Berkomputer (CT Scan).
“Biasalah doktor dekat sini akan tanya macam-macam bila tengok kita kurus. Lagipun dia tahu kita ada kad kesihatan. Jadi dia nak buat ‘claim’ lah tu,” katanya.
Dia tidak menolak kemungkinan badannya mula susut kerana mengikuti kelas tarian dan juga menukar rutin diet harian. Bagaimanapun dia seakan tidak peduli dengan apa yang berlaku.
“Saya kurus sebab masuk kelas menari, lepas itu saya juga tukar rutin diet. Doktor sini akan tanya macam-macam, bila tengok kita kurus, dia akan syak yang bukan-bukan.
“Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir. Lagipun anda semua bukan sayang saya pun,” katanya.
Dia juga mengakui berasa tertekan dengan persoalan netizen mengenai tubuh badannya yang semakin susut.
“Anda semua pun asyik tanya sama ada saya sakit? Benda itu buatkan saya jadi emosi, sudahlah saya seorang diri di sini.
“Di sini doktor cakap saya sakit, anda pun asyik cakap yang sama. Sakit hati pula saya dengar, saya harap ia sekadar andaian bukan betul-betul,” katanya.
Sumber: Harian Metro, TikTok