Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dato’ Seri Sir Dr. Jeffrey Cheah KBE AO, mencipta sejarah apabila dinamakan semula dalam senarai Forbes Asia Heroes of Philanthropy buat kali kelima, menjadikannya individu pertama di Asia meraih pengiktirafan itu sebanyak lima kali.
Forbes mengiktiraf komitmen seumur hidup beliau terhadap pembangunan negara melalui pendidikan berkualiti dan kerja amal berterusan. Jeffrey Cheah sebelum ini turut disenaraikan pada tahun 2009, 2015, 2019 dan 2021.
Beliau baru-baru ini mengumumkan komitmen RM500 juta dalam tempoh lima tahun untuk menubuhkan salah satu dana pendidikan terbesar di Malaysia bagi menyokong kecemerlangan akademik dan penyelidikan di Sunway University.

Legasi derma pendidikan & komitmen global
Melalui Jeffrey Cheah Foundation (JCF), lebih RM967 juta biasiswa dan geran telah diberikan kepada puluhan ribu pelajar, dengan sasaran melepasi RM1 bilion menjelang 2026.
Pendekatan JCF yang menggunakan model perusahaan sosial menjadikannya yayasan terbesar seumpamanya di Malaysia, menyalurkan semua keuntungan semula kepada pendidikan, penyelidikan dan pembangunan tenaga pengajar.
Baca juga:
- George Galloway tolak perbandingan komuniti Cina di Malaysia dengan Palestin
- ‘Senang cipta keserasian bila bermadu dengan kawan sendiri’
- ‘Siapa kita nak kata haram atau halal? – Fasha Sandha bidas pempengaruh TikTok
Selain itu, JCF turut menyalurkan US$5 juta tambahan kepada United Nations Sustainable Development Solutions Network (UN-SDSN) yang diterajui Prof. Jeffrey Sachs, menjadikan keseluruhan sumbangan mencecah US$25 juta. UN-SDSN Asia kini berpusat di Sunway University, menjadikan Malaysia sebagai pusat penting bagi agenda kelestarian global.
Sunway dan agenda kelestarian

Di bawah bimbingan Cheah, Sunway University melonjak ke tangga ke-81 dalam Times Higher Education Impact Rankings 2025, bukti komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (UN-SDG).
Sunway Group, yang kini mencecah usia 50 tahun, mempunyai lebih 20,000 kakitangan dan tiga entiti tersenarai awam dengan gabungan modal pasaran melebihi RM50 bilion.
Jeffrey Cheah menegaskan, “Mereka yang berjaya secara kewangan mempunyai tanggungjawab moral untuk memberi semula kepada masyarakat kerana pendidikan berkualiti adalah asas membina masa depan bangsa.”











