JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma khas buat warga Wilayah Persekutuan - The Reporter

JAWI sedia khidmat pengurusan jenazah percuma khas buat warga Wilayah Persekutuan

Sumber Gambar: JAWI

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah secara percuma bagi golongan asnaf, tidak berkemampuan, jenazah tidak dituntut atau tidak berwaris dan saudara baharu.

Menerusi hantaran di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kemudahan tersebut akan diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan.

“JAWI akan menyediakan khidmat pengurusan jenazah secara percuma bagi golongan yang memerlukan, khas buat warga Wilayah Persekutuan.

“JAWI adalah sebuah Jabatan yang sejak awal penubuhannya sentiasa menjadi peneraju kepada Pengurusan Hal Ehwal Islam di Wilayah Persekutuan termasuk dalam pengurusan jenazah,” katanya.

Mohd Na’im turut menjelaskan sumbangan JAWI adalah menguruskan tuntutan Fardhu Kifayah tanpa mengira latar belakang dan umur jenazah.

“Antara sumbangan JAWI ialah menguruskan tuntutan Fardhu Kifayah tanpa mengira latar belakang dan umur bagi jenazah yang berwaris atau tidak berwaris, tidak dituntut, mualaf dan lain-lain.

“Khidmat JAWI kepada warga Wilayah Persekutuan ini patut diketengahkan sebagai satu agensi kerajaan yang sentiasa berkhidmat untuk ummah dan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!