Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Usahawan dan pempengaruh Khairul Aming sering menjadi perhatian ramai dan ikutan ramai usahawan lain.
Dalam satu perkongsian di TikTok, seorang wanita berkongsikan tentang nasihat yang diberikan pempengaruh berkenaan sehingga dia berjaya dalam perniagaan. Kongsinya apa-apa sahaja urusan, dia sangat menjaga keberkatan rezeki itu.
“Kadang-kadang kita lupa pasal keberkatan usaha kita. Semua orang sibuk nak doa, betul ianya bagus tetapi kalau kita doa sahaja tapi cara kita berusaha itu tak ada keberkatan tak boleh juga.
“Sebagai contoh kita amalkan doa nak untung juta-juta, tetapi dalam berniaga kita tipu orang, menzalimi staf, tak bayar duit orang, kita curi hak orang ataupun khianat,” kata Khairul Aming.
Beliau juga mengulas tentang ulasan produk yang diminta oleh beberapa peniaga atau usahawan.
“Ramai orang hantar makanan minta review, tetapi ada yang saya tak review sebab memang tak sedap. Ia melibatkan duit orang. Saya akan memilih produk dan ramai juga yang saya reject sebab memang tak sedap, saya perlu jujur,” katanya.
Pempengaruh berkenaaan juga mengulas tentang isu ramai yang memuji kejayaannya.
“Orang ramai berkata, murahnya rezeki Khairul Aming, apa amalannya?
“Tapi sebenarnya bagi saya ia tidaklah terlalu complicated, cuma kita jangan terlepas pandang dengan perkara yang penting iaitu menjaga keberkatan,” katanya.