Isteri tuntut cerai sebab suami berbau busuk, hanya mandi 2 kali sebulan - The Reporter

Isteri tuntut cerai sebab suami berbau busuk, hanya mandi 2 kali sebulan

Foto hiasan sahaja

Uttar Pradesh, India – Seorang wanita di Agra memohon perceraian daripada suaminya selepas 40 hari perkahwinan mereka kerana tidak tahan dengan sikap pengotor lelaki itu.

Wanita itu mendakwa suaminya tidak mandi setiap hari yang menjadi punca dia nekad mengambil keputusan untuk memohon perceraian. Sepanjang 40 hari bersama, lelaki itu hanya mandi sekali atau dua kali sebulan, menimbulkan bau badan yang tidak menyenangkan.

Dia yang hadir di pusat kaunseling keluarga berkata, dia tidak mampu tinggal bersama dengan seseorang yang tidak mengutamakan kebersihan.

Ketika disoal oleh pegawai kaunseling, lelaki tersebut memaklumkan dia hanya mandi sekali atau dua kali sebulan dengan menggunakan air dari Sungai Gangga. Disebabkan bebelan isterinya, dia menambah kekerapan mandi daripada dua ke enam kali dalam tempoh 40 hari tersebut.

Menurut seorang kaunselor di pusat keluarga, pasangan itu kerap bertengkar selepas berkahwin, menyebabkan wanita itu berpindah semula ke rumah ibu bapanya.

Susulan dari kejadian itu, keluarga wanita berkenaan tampil membuat laporan polis dan memohon perceraian untuk anak perempuan mereka.

Selepas berbincang dengan polis, Rajesh bersetuju untuk meningkatkan tahap kebersihannya dan berjanji akan mandi setiap hari. Namun, isterinya sudah tidak berminat untuk berdamai. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!