'Israel, hari awak akan tiba' - Presiden Turkiye mahu heret Netanyahu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa - The Reporter

‘Israel, hari awak akan tiba’ – Presiden Turkiye mahu heret Netanyahu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, Israel berterusan melakukan serangan ke atas Gaza susulan menerima sokongan tanpa had daripada Amerika Syarikat dan negara Barat.

Bercakap di sidang Parlimen Turkiye semalam, dengan sokongan itu Israel melakukan pembunuhan tanpa henti terhadap rakyat Palestin dengan menyerang sekolah, masjid, gereja, hospital, bangunan kediaman dan jalan raya dengan tujuan memusnahkan Gaza secara sistematik.

Erdogan menekankan bahawa, Israel dengan sengaja mengebom orang awam yang akhirnya terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

“Saya secara terbuka mengatakan bahawa Israel adalah sebuah negara pengganas.

“Israel mengecam Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas. Sedangkan Hamas adalah sebuah parti politik yang menyertai dan memenangi pilihan raya di Palestin.

“Namun, selepas menang pilihan raya, Israel telah mengambil hak-haknya. Israel dan Amerika bersama-sama dalam hal ini,” katanya.

“Mereka bunuh bayi dalam inkubator, mereka lepaskan bom ke atas orang awam yang tidak bersalah yang diusir dari rumah, mereka yang menjatuhkan hukuman mati dengan memotong bekalan air, makanan dan bahan api, mereka yang bercakap tentang memusnahkan lebih daripada dua juta penduduk awam dengan bom.

“Saya nak tanya Netanyahu dari sini, adakah awak mempunyai bom atom atau tidak? Jika berani, dedahkanlah. Tetapi tak boleh.

“Hei Israel, awak ada bom atom, bom nuklear dan membuat ancaman dengannya. Kami tahu. Hari awak akan tiba. Milikilah seberapa banyak bom nuklear yang awak nak, tetapi awak tetap akan ‘pergi’,” katanya.

Erdogan mengakui Israel melakukan genosida di Palestin ketika ini. Dan disebabkan itu, Israel perlu diheret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague.

Sumber: Bianet

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!