'Intern harus dibayar dengan gaji, dilayan sebagai pekerja' - Pelajar IPT perjuang intern bukan buruh percuma | The Reporter

‘Intern harus dibayar dengan gaji, dilayan sebagai pekerja’ – Pelajar IPT perjuang intern bukan buruh percuma

Pelajar IPT berkempen dan perjuang nasib intern untuk dibayar gaji dan dilayan sebagai pekerja sepenuhnya.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Rabu lalu, seorang pengguna Twitter, Rashifa, memuat naik ciapan yang memaklumkan dia akan menjalani internship (latihan amali) pada semester depan dan akan menggantung plakad yang menyatakan intern bukan buruh percuma

“Saya akan memulakan internship pada semester depan, jadi saya akan berjalan-jalan dengan (plakad) ini untuk menyatakan kebimbangan saya.

“Kerajaan telah menaikkan gaji minimum RM1,500. Tetapi polisi ini tidak termasuk intern. Intern tidak dilindungi oleh akta pekerjaan di Malaysia, justeru ada risiko dieksploitasi oleh syarikat,” katanya.

Intern harus dibayar dengan bermaruah

Menurut Rashifa, dia menetap di Kuala Lumpur dan bagaimana dia hendak membayar sewa rumah, makanan dan tambang pengangkutan jika dia tidak dibayar sekurang-kurangnya gaji minimum.

“Tinggal di Kuala Lumpur, bagaimana saya hendak membayar sewa, makanan dan pengangkutan sedangkan saya tidak dibayar dengan gaji minimum sekurang-kurangnya?

“Itulah sebabnya saya percaya bahawa intern harus dibayar dengan bermaruah dan dilayan sebagai pekerja kepada syarikat atau perkhidmatan yang mereka berkhidmat. Tiada lagi eksploitasi.

“#InternBukanBuruhPercuma akan menjadi kempen @demokratiksiswa akan diperjuangkan. Kekurangan gaji yang bermaruah harus diperjuangkan. Oleh mahasiswa, untuk mahasiswa,” kata pelajar tahun akhir Universiti Malaya berkenaan.

Rashifa juga akan memakai plakad tersebut dan berjalan di sekeliling universiti dan percaya dengan cara dia dia dapat meningkatkan kesedaran ramai mengenai isu itu yang merupakan langkah pertama yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja.

Perlu ada win-win situation

Sementara itu, isu yang dibangkitkan itu mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.

“Intern harus dapat allowance tetapi bukan bayaran penuh, saya rasa. Sebab internship untuk pelajar belajar dan diajar. Syarikat perlu memperuntukkan kakitangan untuk menagjar dan membimbing mereka. Kadangkala ia akan mengganggu aliran kerja,” kata Kent.

“Aku dulu intern di jabatan kerajaan di Kuala Lumpur pun relaks je tak dapat elun. Belajar kat UTM JB. Tapi UTMKL bagi asrama untuk tempat tinggal percuma. Budak sekarang macam-macam la. Nak itu, nak ini,” kata Southern Roar.

“Intern ni macam you minta company orang untuk validkan kredibiliti you. In exchange, you put your efforts for them too. If they don’t take intern, it’s not their loss, but students. Jangan salah faham, I sokong intern patut dapat elaun untuk hidup. The best way is always a win-win situation,” kata Muammar.

Intern bukan buruh, masih terikat dengan IPT

“Takde hal bayar gaji macam staff, tapi jangan selang dua hari bagi alasan nak buat assignment. Selepas itu kerja berterabur, tak ketuk tak jalan. Jangan buat santai macam dalam kelas, buat macam pekerja,” kata Fadhil 2.0.

“Dik, awak tu bukan buruh. Awak masih student yang terikat dengan peraturan tempat awak belajar. Belum grad pun lagi. Dah tu nak hak apa sebagai pekerja? Siapa lecturer hang ni? Dia tak beritahu ka majikan sekarang suka stalk social media candidate dulu sebelum panggil interview?” kata Muhammad Syarafi.

Sumber: Twitter

Related Posts