Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Bukan mudah untuk menang besar dalam dunia pemasaran digital yang penuh saingan. Tapi iMedia lakukannya dengan penuh bergaya di Malaysian Digital Awards (MDA) 2025.
Dalam acara yang menghimpunkan kempen paling berkesan dan berani di Malaysia, iMedia membawa pulang kesemua lapan anugerah yang mereka dicalonkan. Dari video yang mencetus viral, kempen media sosial yang “kena tepat”, hinggalah kepada pengiktirafan bakat muda, kemenangan ini bukan sekadar simbol kejayaan, tetapi juga bukti kepercayaan jenama terhadap pendekatan yang dibawa oleh pasukan iMedia.
Yang paling mencuri perhatian sudah tentu kempen Honor. Ya, yang video telefon masuk dalam steamboat itu. Idea ringkas, pelaksanaan bijak dan akhirnya menyumbang kemenangan untuk kategori Best Use of Social Media Platform (Gold).
Darlie, Vochelle, Foodpanda dan EcoWorld pula menunjukkan iMedia tahu cara menyentuh audiens yang berbeza tanpa mengorbankan nilai jenama.
Dan apabila nama Leslie Audrey Lawrence diumumkan sebagai penerima anugerah Rising Star, ia memberi gambaran jelas bahawa iMedia bukan sekadar menghasilkan kempen yang berjaya, tetapi turut membentuk generasi bakat yang akan memacu industri pada masa depan.

Ini bukan hanya tentang menang. Ini tentang bagaimana iMedia membuktikan mereka berada di barisan hadapan industri.
Lapan anugerah yang dibawa pulang:
- Honor – Best Use of Social Media Platform (Gold)
- Darlie – Best Use of Social Media Platform (Silver)
- Vochelle – Best Influencer Marketing Campaign (Silver)
- Foodpanda – Best Influencer Marketing Campaign (Bronze)
- iMedia – Best Digital Publisher of the Year (Bronze)
- EcoWorld – Best Use of Video (Bronze)
- Honor – Best Use of Video (Bronze)
- Leslie Audrey Lawrence – Rising Star (Silver)
Setiap pencapaian ini lahir daripada gabungan kerja berpasukan, strategi yang diperhalusi dan kepercayaan bahawa kreatif yang baik tidak pernah terpisah daripada impak sebenar.
MDA 2025 hanya satu malam. Tapi untuk iMedia, ia adalah satu tanda aras baharu.








