Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
“Saya bukan pukul tapi sepak…” Itu pengakuan ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop, mengenai tindakannya terhadap anak tunggalnya itu.
Ariz, yang membuat pendedahan itu menerusi siaran langsung di media sosial semalam, menegaskan tindakan tersebut bukan penderaan seperti didakwa ramai, sebaliknya untuk mendidik selepas mendakwa Anna melampau batas.
“Bila dah melawan, melampau-lampau, panggil kau aku, jadi saya sepak dia. Bukan untuk dera atau patahkan kaki,” katanya.
Menurut Ariz, perubahan sikap anaknya mula ketara selepas meraih populariti dan kini dikelilingi kelab peminat, peguam serta syarikat pengurusan.
“Lepas dia popular, saya dah tak ada makna. Tak mengapalah, orang pasti sokong dia sebab dia pelakon, popular dan cantik. Saya sudah buat yang terbaik membesarkannya. Ini ujian Allah, hidup ini macam roda,” ujarnya.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
Beliau turut mendedahkan hubungan mereka sudah lama tegang akibat campur tangan pihak ketiga.
“Macam kelab peminat dia terlampau banyak campur tangan urusan peribadi saya dengan Anna. Kami selalu panas dan bergaduh,” katanya.
Mengulas kecaman netizen yang menuduhnya berlagak mangsa, Ariz berkata orang luar tidak berada dalam situasi sebenar.
“Jangan mudah buat kesimpulan. Saya hanya jelaskan apa yang berlaku,” katanya.
Terdahulu, peguam Anna menafikan berlaku pergelutan atau insiden mengunci ibu pelakon itu di dalam kereta, sebaliknya menjelaskan pintu kenderaan berkenaan boleh dibuka dari dalam dan tidak berkunci ketika kejadian.
Sumber: Kosmo!










