Hutang puluhan juta, Mamat nak doakan Shuib di Tanah Suci - The Reporter

Hutang puluhan juta, Mamat nak doakan Shuib di Tanah Suci

Mamat Sepah doa Shuib bebas hutang
Mamat dan Shuib

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelawak Mamat Sepah berharap doanya di Tanah Suci pada Aidilfitri ketiga bersama sahabatnya, Shuib Sepahtu, dimakbulkan agar dikurniakan cahaya mata.

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad berkata, dia dan isterinya, Nordiana Ibrahim, sudah lama menanti kehadiran anak, malah berharap diberikan kembar selepas lima tahun berkahwin.

“Bila jejak kaki ke Tanah Suci inilah antara doa yang panjatkan. Moga Allah permudahkan usaha saya dan isteri untuk mendapatkan zuriat.

“Bukan tak boleh berdoa di sini, tapi ada tempat mustajab di Tanah Suci yang boleh berdoa. Saya harap dapat anak kembar, sebab umur saya sudah 40 tahun.

“Kalau Allah berikan saya kembar lima pun saya terima, Alhamdulillah. Saya tak takut dengan ekonomi dan masa, tetapi saya jalan sahaja dengan apa yang Allah kurniakan,” katanya.

Mamat mengakui dia sudah bersedia menjadi bapa sejak hari pertama perkahwinannya, namun rezeki masih belum berpihak kepadanya.

“Dari hari pertama berkahwin, saya sudah bersedia bergelar bapa, tapi ketika itu, kita berdepan dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya bernikah seminggu sebelum PKP.

“Saya terima dengan reda sebab saya sedar kami tak mempunyai banyak masa bersama berikutan kesibukan kerja. Kadang kala balik malam dan pagi. Saya reda kerana tak mahu kacau mental isteri.

“Namun, saya kena fikir positif bila sudah masuk usia perkahwinan lima tahun. Allah nak beri kami masa untuk ‘dating’ lebih lama.

“Mungkin inilah peluang bersama sebab mungkin tiada masa bergembira bila sudah ada anak.

“Isteri faham perkara ini, tapi macam manapun tetap mahukan anak, lebih lagi lihat ahli keluarga lain sudah ada cahaya mata. Jadi, saya katakan 2025 adalah tahun terbaik untuk dapatkan anak,” katanya.

Mamat dan Nordiana mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 selepas bertunang pada 2018.

Dalam pada itu, Mamat juga mahu mendoakan kesejahteraan sahabatnya, Shuib, yang kini berdepan pelbagai cabaran dalam kehidupan.

“Selain doa zuriat, saya juga mahu berdoa kehidupan saya dan Shuib berjalan lancar. Banyak sangat dugaan dilalui Shuib ketika ini.

“Dia pernah cakap kalau boleh nak tidur tahu mahu bangun sebab berhutang puluhan juta. Dia hanya budak kampung yang tiada apa-apa dan tak sangka boleh berhutang sebanyak ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Fatin Farhana Ariffin)

Total
0
Shares
Total
0
Share