Individu minta netizen hentikan buli siber terhadap Edward Wong | The Reporter

Individu minta netizen hentikan buli siber terhadap Edward Wong

Seorang pelajar STPM, Edward Wong, bercakap pada sidang media dengan mikrofon di depannya.
Edward Wong tampil beri penjelasan mengenai isu permohonan ke UM. | Kredit gambar: Facebook Wee Ka Siong

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isu permohonan Edward Wong, pelajar cemerlang STPM yang memperoleh 4.0, mencetuskan perdebatan hangat selepas beliau gagal mendapat tawaran jurusan perakaunan di Universiti Malaya (UM) melalui saluran UPU. Sebaliknya, Edward hanya ditawarkan laluan pengambilan terus dengan yuran yang lebih tinggi berbanding pelajar UPU.

Kekecewaan itu mendorong Edward mengadu perkara ini kepada ahli politik, Presiden MCA, Wee Ka Siong, untuk mendapatkan bantuan. Langkah tersebut menimbulkan rasa kurang senang kerana berbeza dengan pelajar lain yang biasanya menerima keputusan dan teruskan pilihan alternatif.

Berhenti buli Edward Wong

Walaupun tindakannya dipertikaikan, tampil seorang individu mengingatkan supaya serangan terhadap Edward perlu dihentikan. Menerusi hantaran di platform Threads, katanya, rasa kecewa selepas gagal mendapat tawaran universiti pilihan adalah perkara biasa, tetapi menjadikannya sasaran serangan atau siber buli hanya akan menjejaskan semangat seorang pelajar.

“Kesian dekat Edward Wong, ya betul dia tak dapat UM, kemudian tunggang atas nama bangsa, guna politician, mungkin sebab dia terlalu sedih dan kecewa bila tak dapat. Normal la tu. Semua orang akan rasa sedih dan cuba cara lain.

Individu gesa netizen berhenti melakukan buli siber terhadap Edward Wong

Baca juga:

“Tapi yang lebih-lebih pergi serang. UM/UPU pun dah beritahu alasan kenapa dia tak layak. Tolong jangan serang dia, kesian mental budak yang nak belajar ni, terus mati semangat tu nanti. Kita bukan macam Konoha, jadi behave sikit masing-masing.”

Individu itu turut menekankan, kritikan sepatutnya ditujukan pada dasar dan sistem pemilihan universiti, bukan pada seorang pelajar yang masih cuba mencari jalan.

UMANY desak penjelasan
UMANY nyatakan sokongan buat Edward Wong

Sementara itu, Persatuan Belia Universiti Malaya (UMANY), tampil menyatakan solidariti bersama Edward Wong dengan menuntut penjelasan daripada kerajaan dan UM mengapa pelajar yang memiliki keputusan sempurna tidak ditawarkan tempat melalui UPU. Sebaliknya hanya melalui pengambilan terus yang jauh lebih mahal.

Walaupun ada yang mengecam langkah Edward kerana melibatkan ahli politik, ramai juga menegaskan serangan peribadi tidak patut berlaku. Tumpuan seharusnya diberikan pada kelemahan sistem supaya masalah sama tidak berulang kepada pelajar lain.

Related Posts