Harimau jadi buta akibat kerap terkena cahaya flash kamera pengunjung - The Reporter

Harimau jadi buta akibat kerap terkena cahaya flash kamera pengunjung

Harimau buta akibat kilauan kamera pengunjung
Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seekor harimau bernama Firmin yang hilang penglihatan akibat pendedahan berterusan kepada kilauan kamera pelawat telah menjalani pembedahan menjahit kelopak matanya bagi mengelakkan kesakitan.

Terdahulu, Firmin diselamatkan oleh La Tanière Zoo Refuge di Perancis pada 2019 bersama adiknya, Pam, selepas bertahun-tahun digunakan sebagai haiwan pameran di Sepanyol. Eksploitasi ini menyebabkan Firmin kehilangan hampir keseluruhan penglihatannya ketika dibawa ke pusat perlindungan tersebut.

Pengasas bersama La Tanière Zoo Refuge, Patrick Violas, berkata, “Ketika dia tiba, Firmin sudah buta 95% dan sangat kurus. Haiwan seperti ini sering diabaikan kerana hanya digunakan untuk menjana keuntungan.”

Pada 2021, Firmin menjalani pembedahan pertama untuk masalah penglihatannya. Namun, baru-baru ini doktor menemui ulser serius pada salah satu matanya bersama pembentukan glaukoma, yang meningkatkan risiko jangkitan dan menyebabkan kesakitan.

Pasukan veterinar diketuai oleh Laurent Bouhanna bertindak pantas dengan menjalankan pembedahan pada 15 Januari lalu. Mata Firmin terpaksa dibuang sepenuhnya, dan kelopak matanya dijahit bagi mengelakkan keadaan matanya bertambah teruk dan untuk memberi kehidupan yang lebih selesa.

Langkah ini diambil sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti hidup Firmin, yang telah terbiasa hidup tanpa penglihatan sejak muda akibat digunakan sebagai haiwan hiburan. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!