Gadis panjat & ancam terjun dari menara radio, bengang handphone dirampas ibu bapanya - The Reporter

Gadis panjat & ancam terjun dari menara radio, bengang handphone dirampas ibu bapanya

Tindakan seorang gadis yang cuba membunuh diri ada Selasa, 28 November 2023, telah menggemparkan penduduk di Daerah Kutai, Kartanegara, Indonesia.

Lapor iNews Serpong, gadis berkenaan nekad memanjat menara radio kerana bengang dengan ibu bapanya berpunca dari hal yang remeh.

Perbuatan gadis itu bagaimanapun telah dihalang oleh Bomba yang bertindak pantas menyelamatkan gadis tersebut, selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Proses menyelamatkan gadis itu mengambil masa kira-kira 30 minit di mana bomba terpaksa memanjat menara radio setinggi 75 meter untuk memujuk gadis itu.

Selepas berusaha memujuknya, gadis itu akhirnya bersetuju untuk turun dari menara pemancar radio tersebut.

Siasatan awal mendapati, gadis terbabit nekad memanjat menara itu disebabkan kecewa dengan tindakan ibu bapanya yang merampas telefon bimbitnya.

“Mangsa berkata, dia kepenatan selepas menjemput adiknya pulang dari sekolah. Selepas itu, mangsa baru saja memegang telefon bimbit. Belum sampai lima minit, telefon itu dirampas oleh ibu bapanya,” kata jurucakap polis.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!