Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, mengesahkan telah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isteri, Nur Fazura, berkaitan kenyataan di mahkamah mengenai isu kenderaan.
Notis berkenaan jelasnya telah diterima bulan lalu sebelum menunaikan umrah.
Menurut Fattah notis tersebut telah dibalas dan diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.
“Ya, saya ada terima LOD sekitar bulan lalu, sebelum saya menunaikan umrah. Namun, saya kurang pasti tarikh sebenar. Saya telah serahkan kepada peguam untuk membuat jawapan balas.
“Notis balasan telah diserahkan dalam tempoh tujuh hari selepas LOD diterima. Setakat ini, itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Selebihnya, saya hanya menunggu di mahkamah,” katanya.
Bagaimanapun, Fattah memilih untuk tidak mendedahkan kandungan notis tersebut.
“Itu adalah urusan peribadi. Saya tak boleh berkongsi. Lebih baik saya simpan sendiri,” jelasnya ringkas.
Terdahulu, isu kenderaan yang didakwa dihadiahkan oleh Fazura kepada Fattah kembali menjadi perhatian selepas peguam Fazura menyerahkan LOD.
Sebelum ini, Fazura memaklumkan bahawa kenderaan tersebut adalah hadiah untuk Fattah. Namun, Fattah menegaskan bahawa kereta berkenaan bukan hadiah, sebaliknya dia membayar ansuran bulanan melalui potongan gaji.
Sumber: Utusan