Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pelakon Fatiya Latiff, dalam satu kenyataan semalam menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk meruntuhkan rumah tangga Aiman Hakim dan isterinya, Zahirah Macwilson.
“Macam menghancurkan rumah tangga orang? Bagaimana anda tahu saya melakukan provokasi?” soalnya.
Fatiya juga menegaskan haknya untuk memuat naik apa sahaja yang dia suka sebagai seorang selebriti, termasuk gambar Aiman Hakim.
“Saya boleh muat naik apa sahaja yang saya suka. Jadi, mengapa saya tidak boleh guna gambar dia yang sudah tersebar di seluruh dunia?” tambahnya.
Masih berdendam
Dalam temubual bersama Caprice, Fatiya menjelaskan Aiman pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya selama lima tahun. Dan disebabkan itu, dia merasakan tiada salahnya untuk dia memuat naik gambar kenangan mereka.
Mengulas mengenai dakwaan masih belum ‘move on’, Fatiya menafikan dan menegaskan dia sudah move on. Tindakannya memuat naik gambar Aiman juga sudah cukup membuktikan kenyataannya itu.
Walau bagaimanapun, Fatiya mengakui dia masih berdendam dengan Aiman, tanpa mengulas lanjut mengenai perkara itu.
“Saya tak move on sebab saya ada dendam terhadapnya. Saya tidak mencintainya lagi, tetapi saya ada dendam,” katanya.
Tak suka dipanggil ‘Ariana Rose’
Selain itu, Fatiya memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memanggilnya sebagai Ariana Rose. Nama itu adalah watak dalam drama yang pernah dilakonkannya suatu ketika dahulu.
Menerusi kenyataan di Instastory itu, Fatiya menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada yang masih memanggilnya dengan nama Ariana Rose.
“Jangan panggil saya Ariana Rose. Saya tak suka. Sesiapa yang melanggar arahan ini, ia yang mana saya tidak suka, saya akan laporkan kepada badan berkuasa. Ia tertakluk di bawah undang-undang Personal Liberty,” ujarnya.