Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan kedua bagi prosiding perceraian antara pelakon Edika Yusof dan isterinya, Hidayah Yusri.
Menurut Edika, lafaz cerai yang dijadualkan berlangsung hari ini terpaksa ditangguhkan kerana isterinya berada dalam keadaan tidak suci (haid).
“Saya bersedia untuk melafazkan, tetapi disebabkan dia tidak suci hari ini, prosiding akan dibawa ke bulan depan,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding.
Edika turut mendedahkan bahawa isterinya berkeras untuk meneruskan penceraian dan menolak usaha kaunseling mahupun penglibatan jawatankuasa pendamai.
“Saya minta supaya ada kaunseling, ada pendamai… tetapi dia tak nak. Dia kata dah buat semua. Tapi hakikatnya, kami tak pernah pun lalui proses kaunseling. Saya pun tak boleh paksa,” katanya memetik laporan Media Hiburan
Jelas Edika, sebagai suami, dia pernah cuba mempertahankan rumah tangga namun akur jika perceraian merupakan jalan terakhir.
“Saya tak pernah lalui semua ni. Ini kali pertama saya ke mahkamah. Perkahwinan ini yang pertama buat saya, tapi isteri saya dah pernah bercerai sebelum ini. Jadi mungkin dia lebih berpengalaman dalam hal begini. Saya tak galakkan cerai, tapi kalau dah tak boleh diselamatkan, saya reda.”
Mengulas dakwaan mengasari isteri, Edika menafikan secara langsung tetapi mengakui mungkin ada keterlanjuran yang tidak disengajakan.
“Itu dakwaan dia. Tapi kadang-kadang kita sebagai suami ni menasihati, mungkin adakala cara kita keterlaluan. Mungkin saya tak sedar, mungkin juga dia dah lama pendam. Kalau ada kesilapan, saya minta maaf. Saya pun manusia biasa,” ujarnya.








