'Dulu kalau saya campur aduk BM & BI, bos dah telefon' - Linda Onn tak setuju penggunaan bahasa dalam radio masa kini - The Reporter

‘Dulu kalau saya campur aduk BM & BI, bos dah telefon’ – Linda Onn tak setuju penggunaan bahasa dalam radio masa kini

Sumber Gambar: Tangkap layar TikTok You Syu’D Know

Bekas penyampai radio terkenal, Linda Onn menyatakan pandangannya tidak bersetuju dengan penggunaan bahasa yang digunakan oleh penyampai radio terkini.

Katanya, dia tidak menolak kemasukan pelakon atau pelawak- pelawak ke stesen radio kerana pendengar kadangkala mahukan jenaka dan lawak ke udara.

Perkara itu disuarakan melalui satu sesi temu bual di sebuah podcast You Syu’D Know.

Berkongsikan pengalamannya, dia pernah ditegur kerana penggunaan bahasa yang salah.

@yousyudknow

@Linda Onn tak berapa setuju dengan adab dan etika bahasa di gunakan dalam Radio pada zaman sekarang. #yousyudknow #podcast #tvhost #radiodj #radioannouncer #emcee #bahasa #adab #etikabahasa #lindaonn #host #radio

♬ original sound – You Syu’D Know – You Syu’D Know

“Cuma saya concern tentang penggunaan bahasa. Dulu, kalau saya cakap dalam satu ayat dalam Bahasa Melayu, kemudian saya campur adukkan dengan Bahasa Inggeris, bos telefon.

“Kena jerit-jerit, ‘What’s wrong with you? Why? You cakap in one sentence in Malay lepas tu I tanya you masuk Inggeris why? You can do all that off air, off radio, not with your listeners’.

“Lepas marah kena email lagi. Sebab tu bahasa kita jaga. Dia (bos) cakap ‘no korang, no diorang, no aku, no engkau, kena ingat, pendengar kita ni kita tak tahu pak menteri ke, Perdana Menteri, kolar biru, kolar putih ke, semua dengar’.

“Itu yang kita jaga tutur kata kita, kalau saya termasuklah dalam satu ayat tu Bahasa Melayu, saya termasuk Bahasa Inggeris satu perkataan je, ‘call’ je, ‘jangan lupa call saya’, pun tak boleh.

“Saya memang tak pakai aku kau kalau dekat radio. ‘Korang’ pun tak boleh. Awak, anda, saya, mereka. Banyak la yang dia (bos) jaga,” katanya.

Oleh yang demikian juga kata netizen, kerana itulah penyampai radio sebelumnya selalu dihormati kerana penggunaan bahasa yang sesuai dan tertib selain banyak menyampaikan info.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!