Dituduh beria rasmikan besi penutup longkang, ini jawapan MP Pulai | The Reporter

Dituduh beria rasmikan besi penutup longkang, ini jawapan MP Pulai

Foto tular di media sosial

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Gaga-gara merasmikan besi penutup longkang, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat, menerima kritikan daripada pihak pembangkang yang mempersendakan gambarnya.

Semalam, Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Chegu Bard, mengkritik tindakan Suhaizan merasmikan besi penutup longkang sebuah sekolah.

Namun, Suhaizan menegaskan kritikan tersebut tidak wajar dan menunjukkan Chegu Bard gagal memahami konteks sebenar.

Menurut Suhaizan, beliau hadir ke sekolah berkenaan di kawasan Pulai yang menjemputnya untuk meninjau bantuan Projek Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan melalui peruntukan Pejabat Ahli Parlimen Pulai.

Sekolah tersebut memohon bantuan kerana longkang di premis mereka tidak mempunyai besi penutup, menyebabkan banyak kes pelajar terjatuh ke dalam longkang dan membahayakan keselamatan mereka.

“Penutup longkang bagi semua empat blok sekolah tersebut dibekalkan melalui bantuan peruntukan PMR dari Pejabat Parlimen Pulai.

“Pihak sekolah kemudian mengundang saya untuk meninjau bantuan besi penutup longkang yang telah dibekalkan,” katanya.

Perasmian yang dilakukan itu pula ada adalah atas permintaan pihak sekolah sebagai tanda ucapan terima kasih dan penghargaaan atas bantuan yang diberi.

Enggan menghampakan pihak sekolah yang telah menyusun program tersebut, Suhaizan hadir sebagai tetamu.

Related Posts