'Dia tu yang elok roboh' - Influencer T20 merungut harga barang naik, guna filter PM | The Reporter

‘Dia tu yang elok roboh’ – Influencer T20 merungut harga barang naik, guna filter PM

Sumber Gambar: Media Sosial

Kerajaan menetapkan harga diesel di Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun lalu selaras dengan perlaksanaan penyelarasan semula subsidi bahan api tersebut.

Penyasaran semula subsidi yang dilakukan kerajaan adalah memastikan ia memanfaatkan golongan yang benar-benar layak sahaja dan mahu ketirisan yang amat merugikan rakyat dan negara dihentikan. Tindakan ini juga sekali gus mengekang aktiviti penyeludupan diesel.

Namun, susulan tetapan itu, ada pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang dan perkhidmatan.

Di media sosial ramai netizen bersuara mengenai perkara itu, termasuk seorang pempengaruh T20 yang memuat naik video meme/rungutannya dengan menggunakan filter wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

https://www.tiktok.com/@shafnaufas/video/7381350735922973970?is_from_webapp=1&sender_device=pc

“Malam ni kalau saya jadi menteri, esok tol roboh. Kepala bapak dia roboh. Dia yang tu elok roboh, an**r, semuanya mahal sekarang ni,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyokong dengan kata-kata pempengaruh itu dan dalam masa yang sama mereka kagum dengan tindakan yang dianggap berani daripada pempengaruh berkenaan.

Sementara itu, ada juga netizen yang mempersoalkan kewajaran pempengaruh itu bertindak demikian kerana gaya hidup pempengaruh berkenaan dilihat mewah serta mampu memiliki kereta mewah.

https://twitter.com/PahBedah41/status/1803063798397354407

Pempengaruh itu sebelumnya pernah mencetuskan kontroversi apabila mengkritik filem Sumpahan Jerunai dan memberikan rating 2/10 untuk filem berkenaan.

Sumber: TikTok, Jaringan X

Related Posts