Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pempengaruh, Aisar Khaled menyampaikan hasrat mahu berjumpa dengan peniaga air teh di Indonesia yang tular di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Aisar memohon masyarakat di Indonesia dapat membantunya menjejaki warga emas berkenaan.
“Assalamualaikum warga Indonesia, buat sesiapa yang mengenali pakcik ini, saya mahu berjumpa dengan pakcik ini.
“Sekarang ini, saya masih lagi berada di Jakarta. Jika pakcik ini berada di Papua, Bandung atau mana-mana sahaja negeri di Indonesia, kalau boleh, bantu saya untuk menghubungi pakcik ini.
“Saya ingin memberikan kebahagiaan buat pakcik ini, kerana dia seorang yang hebat,” katanya.
Terdahulu tular di media sosial seorang pendakwah telah mengeluarkan kata-kata hinaan kepada peniaga air teh berkenaan.
Bagaimanapun, pendakwah Miftah Maulana atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah memohon maaf dan menyatakan kata-kata berkenaan hanyalah gurauan.