'Dia menjatuhkan maruah TLDM!' - Content Creator, Eyda dikecam kerana kentut di mikrofon kapal TLDM - The Reporter

‘Dia menjatuhkan maruah TLDM!’ – Content Creator, Eyda dikecam kerana kentut di mikrofon kapal TLDM

Eyda didakwa menghina TLDM kerana kentut pada mikrofon kapal TLDM di mana perbuatannya dilakukan demi mendapatkan like di media sosial.

Perbuatan seorang content creator di TikTok menerbitkan video tidak bermoral dalam kapal tentera laut, mengundang kecaman banyak pihak di media sosial.

Difahamkan, ketika itu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menganjurkan Hari Terbuka Armada yang memberi peluang kepada orang awam untuk masuk ke dalam kapalnya bagi merasai sendiri pengalaman berada di dalam kapal perang tersebut.

Tidak melepaskan peluang yang ada, Zuraidah Nasir, yang terkenal dengan penerbitan video pelik itu masuk ke bilik kawalan utama.

Dalam video tular itu, Zuraidah berlakon dirinya mengalami sakit perut sebelum mengambil mikrofon dan melepaskan kentut sehingga dapat didengari oleh mereka yang berada di dalam dan luar kapal berkenaan.

https://www.tiktok.com/@nizamlanun/video/7231789488425438472

Perbuatan Zuraidah itu bukan sahaja menjijikkan, malah dianggap menghina dan menjatuhkan maruah TLDM. Lebih teruk lagi, ada beberapa anggota TLDM dikesan turut ‘menjayakan’ video tersebut.

“Perbuatan content creator itu telah menjatuhkan maruah ATM secara amnya dan TLDM secara khusus. Semata-mata untuk mendapatkan like, dia sanggup menghina TLDM.

“Kalau pun ada keizinan untuk melakukan konten seperti ini, ia perlu ditapis,” kata pengendali laman Facebook Malaysia Military Power.

Pesara tentera, Fakhrin Tokai, mengakui beliau juga terkejut melihat video tular itu yang baginya telah menghina tentera.

“Dia ini orang awam, dia mengambil kesempatan kerana di luar sana ramai yang tidak suka pada askar dan kita tidak menafikan. Jadi, dia memang menunggu peluang seperti ini untuk menghina tentera.

“Orang seperti ini patut disenarai-hitamkan daripada memasuki kawasan-kawasan tentera di masa akan datang, termasuk hari terbuka tentera dan sebagainya.

“Yang menyedihkan, ada anggota tentera yang terlibat. Tak tahu sama ada mereka sedar apa yang mereka lakukan, tetapi pengelibatan mereka sangat menyedihkan saya.

“Yang kasihannya pegawai pemerintah kapal, rekod dah jadi buruk. Anggota tentera yang terlibat itu mungkin akan dikenakan tindakan disiplin,” katanya.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!