'Di antara Aliff & Ruhainies ada perbualan tak senonoh' - Bella akui letak audio recorder dalam kereta | The Reporter

‘Di antara Aliff & Ruhainies ada perbualan tak senonoh’ – Bella akui letak audio recorder dalam kereta

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


8 Mac lalu, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz disyaki berkhalwat dengan Ruhainies di kondominium mewah di ibu negara. Dalam temubual isterinya, Bella Astillah semalam mendedahkan Aliff sebelum ini telah menyuarakan hasrat untuk bercerai kerana sudah tiada perasaan terhadapnya.

“Sebenarnya sebelum ini pada 14 Februari lalu, Aliff minta cerai. Dia cakap sudah tiada perasaan, sudah tak rasa apa-apa.

“Masa itu rasa pelik, kenapa tiba-tiba dia nak minta cerai ni? Tak ada ribut, tak ada angin, dia kata Allah yang bagi perasaan itu. Tetapi pada masa itu saya tidak tahu kewujudan Ruhainies,” katanya.

Bella mengakui dia merayu kepada Aliff untuk tidak berbuat demikian, selain meminta Aliff memikirkan soal anak-anak mereka.

“Dia cakap nak cerai pada 31 Mac, di mana dia habis shooting. Sepanjang menunggu dia nak ceraikan Bella itu, sepanjang hari itu dah macam tak ada semangat. Kenapa aku nak diceraikan secara tiba-tiba? Kita happy, kita pergi bercuti, kenapa tiba-tiba?

“Thats why Bella buat solat istikharah. Sebelum dia nak ceraikan Bella, Allah tunjukkan kes khalwat. Oh inilah jawapannya, inilah sebabnya dia tak balik rumah, tiba-tiba nak cerai,” jelasnya memetik laporan Media Hiburan.

Ada bukti Aliff, Ruhainies sembang perkara tak senonoh dalam kereta

Bella turut mendedahkan berlakunya perbualan tidak senonoh di antara Aliff dan Ruhainies. Perkara itu diketahuinya selepas memasang audio recorder dalam kereta tanpa pengetahuan Aliff.

“Di antara Ruhanies dan Aliff pun ada perbualan yang tidak senonoh. Sebab semenjak perubahan Aliff, saya letak recorder dalam kereta. Mereka ada bercakap tentang perkara yang kurang baik.

“Jangan menidakkan, jangan cakap hanya kawan selama 10 tahun bak kata Ruhainies. Sekali pun saya tak pernah nampak mereka berwhatsapp atau call. Saya kawan dengan Ruhainies, ye.

“10 tahun lepas itu, Ruhainies pernah jadi pelakon ekstra dan mungkin dia kenal Aliff kat situ.

“Kepada Ruhanies, terima kasih banyak-banyak. Walaupun selama ini orang kata dia banyak mengutuk keluarga dia sendiri, rakan artis, kita sebagai kawan hanya mendengar saja. Tapi bila dah jadi macam ni, oh sepatutnya saya sedar ini adalah red flag.

“Di mana bila orang suka bercerita tentang hal orang lain ini, kita sepatutnya sedar yang dia bukanlah orang yang baik,” katanya.

Related Posts