'Dah la kak, nanti malu saya' - Lelaki berusia 23 tahun ditahan, kantoi rakam video wanita dalam tandas di pasar raya - The Reporter

‘Dah la kak, nanti malu saya’ – Lelaki berusia 23 tahun ditahan, kantoi rakam video wanita dalam tandas di pasar raya

Padah mengintai wanita di tandas sebuah pasar raya di Taman Bukit Dahlia, Masai, Johor Bahru, seorang lelaki tempatan ditahan polis, semalam, Ahad, 22 Oktober 2023.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, perbuatan saspek berusia 23 tahun itu terbongkar dan terus ditangkap oleh orang awam.

Saspek kemudian diserahkan kepada polis. Semakan mendapati, saspek tidak mempunyai rekod jenayah dan akan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Video penangkapan saspek terbabit turut tular di media sosial. Dan berdasarkan pemeriksaan kandungan dalam telefon bimbitnya, ini bukan kali pertama saspek melakukan perbuatan terkutuk itu.

Lebih daripada 40 video yang dirakam dalam tandas wanita ditemui dalam telefon tersebut.

Saspek sanggup menyamar menjadi wanita dengan memakai tudung dan selipar wanita milik isterinya. Selain itu, kakinya turut dipakaikan inai bagi menjayakan lagi penyamarannya.

Dalam video itu, salah seorang wanita mendesak saspek mendedahkan kata laluan telefon bimbitnya. Tetapi saspek berulang kali mengatakan bahawa dia malu diperlakukan sedemikian rupa.

“Tahu malu. Kau masuk tandas perempuan, kau ingat perempuan tu tak malu?” tegas wanita berkenaan.

Sumber: Harian Metro, mStar Online, Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!