Content babak 'mesra' dikecam, Imran Bard tampil mohon maaf - The Reporter

Content babak ‘mesra’ dikecam, Imran Bard tampil mohon maaf

Imran Bard

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh yang dikenali sebagai Imran Bard tampil membuat permohonan maaf susulan hantaran video yang memaparkan beberapa babak ‘mesra’ antara dia dan seorang lelaki yang mencetuskan kecaman ramai.

Menerusi hantaran di aplikasi X milik beliau, Imran mengakui kesilapan diri kerana menghasilkan kandungan video tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti.

Imran juga menyatakan tuduhan ke atasnya yang menormalisasikan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat.

“Tuduhan bahawa saya menghasilkan isu LGBT adalah sesuatu yang sangat berat.

“Saya akui kesilapan diri kerana menghasilkan kandungan tersebut berdasarkan rujukan Barat tanpa mempertimbangkan sensitiviti serta adat dan budaya Melayu pada ketika itu.

“Saya kesal jika perkara ini telah mengecewakan mana-mana pihak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Imran berkata, dia mengambil maklum setiap teguran yang dibuat dan akan lebih peka serta bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan pada masa akan datang.

Total
0
Shares
Total
0
Share