Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kata orang jika berbakat dalam bidang seni, dicampakkan ke mana-mana sahaja pasti menjadi lebih-lebih lagi apabila ada yang mempunyai bakat seni dalam lukisan atau tulisan.
Siapa sangka ‘contengan’ dari lelaki ini berjaya mendatangkan pulangan hasil yang lumayan apabila ramai yang memuji dan menempah karya Zameerpentbrush untuk dilakarkan pada kenderaan mereka.
Apa yang membanggakan, karya Zameer juga mendapat tempahan dari luar seperti Thailand, Brunei dan Laos.
Menerusi perkongsian di TikTok, lakaran anime menjadi pilihan ramai. Tempahan bukan sahaja melibatkan kenderaan biasa, malahan kenderaan mewah juga tidak ketinggalan mendapatkan sentuhan Zameer.
Anak kelahiran Terengganu ini juga mendapat kepercayaan dari selebriti, syarikat-syarikat kenderaan lain dan jemputan di majlis-majlis tertentu yang mengagumi hasil karyanya.
Dalam perkongsian video di TikToknya juga, anak-anaknya turut mengikuti jejak langkah Zameer yang meminati bidang ini.
Hasil seni Zameer juga turut menjadi intaian seorang lelaki OKU yang meminati karya Zameer. Lelaki berkenaan sangat gembira apabila Zameer malakar pada skateboardnya.
Rata-rata memuji karya dihasilkan oleh Zameer yang dilihat boleh diangkat sebagai seni yang mampu bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa.